Contest Review Lynk.my 2015

Lamanya tak update blog ni, asyik sibuk dengan blog satu lagi tu sahaja.Banyak sangat blog sampai tak tahu mana satu nak update.

Hendak update blog ini kena ada idea. Kalau idea takde memang tak update lah jawabnya. Lagipun saya agak sibuk dengan kerja online dan offline. Tangan ada dua sahaja, mana yang sempat baru saya update.

Kali ini saya ingin berkongsi satu contest besar anjuran sebuah laman aplikasi Url Shortener Lynk.my Lama sebenarnya tak join contest. Dulu asal ada sahaja semua saya belasah cuba. Alhamdulillah banyak mendatangkan hasil.

Contest Review Lynk.my 2015


Kali ini tak pasti boleh bersaing lagi ataupun tidak. Maklumlah blog dah uzur huhu. Ini merupakan Contest Review Lynk.my 2015 tetapi bukan tertumpu kepada review atau penulisan artikel sahaja.

Ada 3 kategori semuanya iaitu Kategori Top SEO Top Creative Top LynkUNDI.

Ketiga-tiga tugasan Contest ini mempunyai senarai hadiah yang berasingan. Semua dalam bentuk wang tunai. Memang lumayan dan berbaloi cuba. Syarat-syarat itu yang membuat saya tertarik mencuba. Sangat mudah.

Dari segi peserta jangan cakaplah semua top-top blogger turut serta. Ada yang pakar SEO dan pakar review. Tak tahulah blog saya boleh bersaing ataupun tidak. Tujuan saya menyertai Contest Review Lynk.my 2015 bukanlah semata-mata ingin menang hadiah.

Saya ni suka test blog untuk melihat kekuatan SEO blog saya sama ada masih boleh lagi duduk tinggi di SERP's. Dulu sangat mudah tetapi apabila blog semakin lama pasti ada kesilapan yang kita lakukan sehingga boleh membuat sesebuah blog itu jatuh di enjin carian.

Banyak sebab yang boleh dijadikan punca. Jadi kita perbaiki semua error yang kita dapat korek di blog. Sama ada masalah backlink, broken link atau setting plugins. Untuk Contest Lynk.my ini semua boleh mencuba sama ada blogger lama atau baru. Ini salah satu cara kita dapat berkenalan dengan blogger di alam maya dan belajar juga.

Kepada anda semua jika berminat turut serta Contest besar ini bolehlah cuba nasib. Mana tahu ada rezeki. Ekslusif untuk anda semua memenangi wang tunai berjumlah rm4000.00 dengan hanya membuat review sahaja.

Paling utama jika sebut Contest SEO atau Review pasti kena ada blog. Sesiap yang ada blog boleh test power.

Tak sabar nak join? Mudah sahaja, cepat-cepat layari http://lynk.my/wt9
Selamat Mencuba...

Comments