Kisah Blogger Sendu



Lama sungguh tidak menulis blog. Kali terakhir saya menulis 2 tahun lepas. Selepas itu saya banyak aktif di laman social media sahaja.

Kebetulan teringat blog pertama saya ini yang telah lama saya tinggalkan...rindu pulak rasa hati hehe

Inilah blog yang pertama saya buka ketika mula-mula berangan nak jadi blogger. Disinilah saya banyak berceloteh. Bila baca balik entri lama dalam blog ni nak tergelak pun ada.

Saya mula menulis blog tahun 2007. Kemudian saya beralih menggunakan platform wordpress atas domain akmaomar.com. Dari situ saya mula serius dalam bidang blogging.

Blog akmaomar.com boleh saya kategori antara blog terbaik dan banyak berjasa kepada saya. Di blog itu juga saya banyak kenal blogger besar dan ada nama, blogger baru dan lama.

Lumrah menjadi blogger, bila tiba masa kita akan berhenti menulis blog dan memberi tumpuan kepada kerjaya. Ramai juga dikalangan rakan blogger sudah tidak aktif blogging begitu juga dengan saya. Blog utama saya akmaomar.com pun dah lama terkubur.

Banyak faktor yang membuatkan saya tidak berminat menulis blog lagi. Banyak perkara yang berlaku membuat saya memngambil langkah untuk berundur. Terlalu banyak hal peribadi yang terpendam dan susah untuk saya jelaskan.

Saya sayang blog saya tetapi atas sebab sebab tertentu saya tidak dapat meneruskan minat saya dalam bidang penulisan secara serius. Saya cuba pertahankan domain blog akmaomar.com tetapi apakan daya. Tidak mengapalah bukan rezeki saya lagi untuk teruskan.

Tumpuan saya sekarang lebih kepada keluarga dan bisnes. Ada masa terluang sahaja saya lebih suka melancong ke luar atau dalam negara bersama keluarga untuk terapi diri dan lari sekejap dari kesibukan kota Kuala Lumpur ni.

Menulis adalah minat yang memang susah untuk saya tinggalkan, cuma sekarang lebih kepada hobi.

Kepada anda yang baru menulis blog saya ucapkan semoga berjaya dan menulislah dengan baik supaya pembaca anda mendapat manfaat dari penulisan anda.

Okaylah cukup sampai disini, jika ada kelapangan saya akan menulis lagi nanti ya...InshaAllah

Setiap manusia ada perjalanan hidup masing masing untuk dilangsungkan. Masalah datang dan pergi dan jangan berhenti mencari ilmu di dunia untuk bekalan di akhirat nanti.






Comments