Blogger Junior | Saya Budak Baru Belajar

Saya budak baru belajar
BLOGGER JUNIOR

Assalammualaikum..
Semenjak beberapa bulan ni saya suka sangat ber blogging, boleh katakan tiap tiap hari mengadap lappy, habis semua blog terbaik saya searching dan baca, banyak betul blog yang cantik, berinfomasi, peribadi, politik, gossip dan blog XXX ( cukup umur dah ) hehe, macam macam ada lah, best juga makin lama makin banyak tip blogging saya boleh belajar, tak sangka begitu besarnya dunia blogger ni ek.

Saya lebih suka membaca blog yang mempunyai info, isu semasa, politik dan blog peribadi, tetapi cara penulisan tu penting juga untuk menarik minat saya untuk membaca, kalau agak membosankan saya tutup terus, cari yang lain pula, bagaimana menghasilkan penulisan yang baik kita kena pandai untuk menyusun ayat untuk menarik minat orang membaca, terletak pada individu itu sendiri dan penting untuk orang melawat blog kita, ni pendapat saya lah, sebab saya sendiri pun melihat dari segi penulisan dan info.

Blog saya ni lebih kepada personal blog (jurnal) tak ada banyak info pun, cuma saya suka share aktiviti harian saya, tempat tempat menarik yang saya lawati, pendapat (opinion) dan kadang kadang adalah luahan hati dan perasaan yang tengah emotional tu terpacul kat blog ni hehehe.

Blog saya ni caca marba jugak, kadang2 dalam BI, kadang2 dalam BM, kadang2 "Broken English" pada yang baca tu kalau tak faham buat buat faham je lah ye.

Satu lagi saya tak suka baca blog yang berat bila nak loading dan menjela jela panjang nya sedangkan point nya satu je. Intro melebihi tajuk asas, jadi bosan nak baca biasanya blog "Bahasa Malaysia" yang banyak menjela jela dan berbunga bunga berbeza dengan blog Bahasa Inggeris point dan info nya padat. Mungkin penggunaan BM banyak bersambung sambung, dua atau tiga perkataan jadi satu maksud, BI pula satu perkataan satu maksud tu yang jadi panjang. Tetapi penggunaan BM lagi sedap bila nak baca kalau pandai menyusun ayat sama juga macam kita baca buku makin lama makin nak tahu penghujung ceritanya.

Paling saya tak suka baca blog gossip, terutamanya pasal artis, tak tahu kenapa, terasa bodoh je baca blog macam tu, cukuplah baca kat surat khabar je, bukannya apa ni pendapat saya lah blog gossip ni kadang kadang kita tak tahu kesahihannya, mungkin ada yang betul ada yang tidak betul, ibarat kita macam mengumpat atau mengaibkan orang tanpa fakta yang sahih, kalau kita fikirkan betul betul, bayang kan berapa juta orang yang membaca blog gossip ni, kalau cerita tu tak betul berapa juta pula yang berdosa, orang yang menulisnya lagi lah tanggung dosa menyebar cerita yang tak betul. Lagi ramai baca lagi banyak dosa..Wallahualam. Tulah kan minat dan cara orang menulis lain lain.

Saya ada dengar buat duit dengan blog jadi apa salah nya buat duit dengan cara yang baik, dapat rezeki halal..betul tak hehehe.

Sekarang ni saya dalam proses belajar dari seorang kawan yang dikategori kan sebagai lelaki kacak juga lah hehehe..sudi mengajar dengan percuma, tak payah bayar yuran huhu.."Terima Kasih daun keladi, kalau sudi ajarlah banyak banyak lagi" saya budak baru belajar hehehe.

Banyak benda baru yang saya belajar, ni baru titik permulaan aku seorang blogger! semoga tidak terhenti sekerat jalan, sifat semulajadi saya minat menulis yang tak tahu datang dari mana ni permulaan saya dalam dunia blogger, hanya sekadar mencari kepuasan, ilmu dan berkongsi cerita, tidak lebih dari itu.

Wasalam.

Sharing is Caring
Akma Omar

Comments

  1. Satu permulaan yang baik... jika dah minat, teruskan menulis.. :) bakat mcm dah ada ni.. :)

    i lelaki cap ayam jer.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..lama tulis dah, tersimpan je, ni baru ada masa nak update entri...almaklum this week bz and penat sgt buat aktiviti lain..huhu

      Delete
    2. Mcm menarik jer aktiviti lain tu.. :)
      Pape pun, entri ni mmg menarik..
      Good Job..

      Delete
    3. Tgk lah sapa sifu nya...hehe..lelaki cap ayam mas hahaha

      Delete
    4. Iya mas.. cap ayam jer... :)

      Delete
    5. Hahaha...cap ayam pun branded gak mas...:)

      Delete
    6. Hahaha.. mujur lah branded gak mas... :)

      Delete
  2. Memang menarik..anyway tqvm dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik dan best tu.. :)
      Ur wlcm dear.. :)

      Delete
  3. kalau budak baru belajar menulis cam ni dah ok la tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya nak ltk org tua baru nak belajar..hehe..anyway tq komen and u hv very nice site...

      Delete
    2. Blog Archive 2009 - dah lama tu...

      kali ni mungkin nak serius skit

      Delete
    3. Cuma utk isi masa lapang je,kalau serius kerja lain lak terbengkalai nanti,, tapi memang lah kalau dah start mengadap, kerja lain pun delay.
      Byk lg kena belajar ni, pening jugak kepala nak faham, mujur ada org nak ajar..lain lah u expert dah...hehehe

      Delete
  4. selamat berkenalan, anda blogger baru? xpa, slow slow jalan....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal too.....yer saya budak baru belajar..hehehe...thanks ya :)

      Delete
  5. baru atau lama sama je, masing-masing ada kelebihan dan kekurangan. bab yang intro panjang menjela tu memang tak berapa best nak baca :)

    ReplyDelete
  6. Betul tu, tapi skill u all byk kelebihan tu, blog old timer ni.. mcm u..:) tak merapu2, blog saya ni yer..haywire..anyway tq shahrul and ur blog one of my fav..nice & Informative...:)

    ReplyDelete

Post a Comment