Masalah Sakit Lutut

Sakit Lutut

Kebanyakan orang pasti pernah mengalami masalah sakit lutut. Mungkin ketika bersukan, bersenam atau melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan ketegangan otot, tendinitis, dan kecederaan yang lebih serius kepada ligamen dan tulang rawan.

Bagi sesetengah orang, sakit lutut boleh menjadi begitu teruk sehingga boleh menghadkan aktiviti harian. Bagi sakit lutut yang sederhana boleh menjadi penghalang kronik kepada gaya hidup aktif yang mereka jalani seharian.

Dalam mana-mana kes, kemungkinan anda sedang berhadapan dengan masalah lutut yang tidak boleh diabaikan. Sakit lutut merupakan satu penyakit yang biasa ada pada semua peringkat umur. Ia mungkin bermula dengan tiba-tiba, selalunya selepas kecederaan atau senaman.

Penyakit sakit lutut mungkin berbeza-beza, bergantung kepada punca masalah. Bermula sebagai rasa ketidakselesaan, kemudian perlahan-lahan menjadi lebih teruk.

Antara tanda-tanda dan gejala-gejala yang kadang-kadang mengakibatkan sakit lutut;

Tanda-tanda Sakit Lutut 
  • Bengkak dan kejang 
  • Kemerahan dan hangat apabila disentuh 
  • Lemah atau tidak stabil 
  • Lenguh atau bunyi berderak 
  • Tidak berupaya untuk meluruskan lutut sepenuhnya. 
Punca-punca Sakit Lutut
  • Punca obersiti juga antara penyebab sakit lutut. Tulang lutut tidak boleh menanggung berat badan yang berlebihan. 
  • Akibat lutut bengkak disebabkan terlalu kuat bersukan atau bersenam juga salah satu punca. Biasa kita lihat pemain bola sepak kerap mengalami masalah sakit lutut. 
  • Kekurangan kalsium dalam badan seperti susu. Sebab itu anda digalakkan meminum susu supaya boleh menguatkan tulang dan badan. Susu salah satu makanan tambahan yang terbaik.
  • Uzur maksudnya faktor umur juga antara sebab lutut mula bermasalah dan lama-lama boleh mengakibatkan lumpuh. Ini selalu terjadi kepada orang-orang tua. 
  • Faktor tempat kerja yang memaksa kita duduk atau berdiri terlalu lama dan sebagainya.
Banyak sebenarnya punca yang boleh mengakibatkan sakit lutut. Selain daripada pengambilan ubat dan rawatan doktor anda perlu juga mengamalkan pengambilan minyak urut untuk sapuan luaran. Ini dapat melegakan dan mengurangkan sakit lutut yang anda alami.

Saya ada menulis maklumat tentang Penawar Sakit Lutut PRO Kas Muscle Pain Relief. Anda boleh baca untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang PRO Kas ini dari khasiat, kelebihan, manfaat dan cara untuk mendapatkannya.

Comments