3 Blog Pilihan Terbaik

Minggu ini agak kurang sihat untuk saya, batuk dah dekat dua minggu tak baik-baik dan sekarang demam panas pula. Yang peliknya siang ok, bila malam sahaja badan mula rasa seram sejuk dan demam menyerang balik.

Banyak kerja yang tergendala tetapi kesihatan haruslah diutamakan juga. Maka cara terbaik bagi saya adalah menundakan kerja tersebut ke tahun 2013 lah nampaknya.

Jika anda semua perasan banyak juga contest yang sedang dianjurkan oleh Blogger Malaysia sebelum tamatnya akhir tahun 2012 ini. Persaingan juga agak sengit.

3 Blog Pilihan Terbaik


Contest SEO 3 Blog Pilihan Terbaik antara yang terawal akan tamat pada 15hb December 2012.

Banyak peserta contest ini menyenaraikan blog tempatan sebagai blog pilihan terbaik mereka. Saya cuba buat kelainan sedikit dalam menulis entri dengan menyenaraikan blog luar sebagai blog pilihan.

Ada sebab sebenarnya, blog tempatan juga banyak yang bagus-bagus cuma sekiranya saya senaraikan blog tempatan berkemungkinan senarai 3 Blog Pilihan Terbaik saya akan sama dengan blog peserta yang lain, jadi automatik pembaca akan skip dari membaca entri yang saya tulis.

Dalam menulis entri samada entri contest atau tidak, saya lebih suka jika entri saya dapat dibaca sepenuhnya supaya apa yang saya tulis dapat dikongsikan kepada semua. Ternyata cara ini membuahkan hasil apabila banyak juga yang klik link blog pilihan terbaik yang saya senaraikan, dari situ kita tahu pembaca berminat dengan apa yang kita tulis.

Pada teori saya kelainan dalam menulis entri itu penting juga untuk menarik minat pembaca supaya tidak bosan disamping itu mungkin dapat berkongsi sesuatu yang baru. Sambil menyelam minum air kan...

Alhamdulillah entri 3 Blog Pilihan Terbaik saya masih kekal di page 1 enjin carian Google.com.my. Saya berharap akan kekal sehingga berakhir pertandingan ini. Siapa yang tak nak menang…betulkan...

Ini entri support terakhir untuk Contest 3 Blog Pilihan Terbaik ini. Kepada semua peserta saya ucapkan selamat berjaya ya.

Kepada Amirez.com selaku penganjur dan juga semua penaja-penaja, saya ucapkan ribuan terima kasih…Wassalam....

Comments