Pilihan hidup

Assalammualaikum.....
26hb Mei 2012 satu sejarah tercipta dalam hidup saya, sesuatu yang amat besar dan memakan masa yang lama untuk membuat keputusan. Adakah ianya
pasti menjanjikan kebahagian. Banyak yang perlu saya fikir dalam meghadapinya.

Kebahagian memang saya cari selama ini, cuma waktu dan keadaan sahaja masih belum mengizinkan, semua orang mengimpikan yang terbaik dalam hidup mereka, tidak terkecuali dengan saya, banyak liku liku yang perlu saya hadapi dalam mencari sesuatu yang terbaik untuk saya, baik atau buruk saya terima seadanya.

Membuat keputusan bukan mudah, memerlukan pengorbanan yang tinggi dan tak dijangka waktunya, yang mampu saya lakukan berserah pada yang kuasa. Apa tertulis untuk saya maka itulah yang saya terima, saya sendiri tidak mampu menolaknya, kita hanya merancang hanya Tuhan yang menentukan.

Saya juga sebagai manusia biasa tidak terkecuali melakukan kesalahan, saya mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf atas segala perbuatan saya atau kesalahan saya yang menyinggung, melukai dan menyakiti hati sesiapa yang mengenali saya, yang buruk datangnya dari diri saya sendiri, yang baik datangnya dari Allah SWT.

Saya serahkan segala ketentuan ditangan Allah SWT, semoga kebahagian yang saya cari akan saya temui. Amin.

Comments

  1. Sy doakan pilihan hidup tu adalah pilihan yg tepat... dan awk berhak mendapat kebahagiaan tersebut... Aminnnnn..

    ReplyDelete
  2. Ya..saya memang berhak mendapat kebahagian...hmmm

    ReplyDelete

Post a Comment