HARI IBU

Assalammualaikum.....

Dari tadi duduk layan Internet, ramai betul yang wish hari ibu saya nak wish pun serba salah....maka cara terbaik saya diam sahaja. Ada fatwa dari ulama ulama sambutan hari ibu adalah haram kerana hari ibu ini asalnya adalah hari “The Mother of God” dalam upacara kalendar orang kristian, The Mother of God yang bermaksud hari ibu Tuhan, orang kristian mengangap maryam iaitu ibu kepada Nabi Isa a.s ini adalah ibu Tuhan.

Syurga itu dibawah tapak kaki ibu
Pendapat saya Sebagai seorang Islam saya rasa ramai yang menyambut hari ibu ini adalah kerana berniat mengingati dan menghormati ibu diaorang, bukan berniat mengikut ajaran kristian ni. semuanya terletak atas niat seseorang. Setiap hari pun kita boleh jadikan hari ibu cuma jangan kita terpesong dengan cara sambutan yang bukan bukan atau dilarang.

Saya sendiri pun ketika arwah bonda tercinta (Al-Fatihah)  masih hidup, kami sering juga ucapkan hari ibu dan bawa arwah mak saya pergi keluar makan. Sekadar berterima kasih pada mak saya yang menyusukan dan membesarkan saya tanpa ada sedikit pun keluhan dan penuh dengan kasih sayang.Alhamdulillah cukup didikan yang arwah mak saya berikan.

Bukan niat saya menghalalkan yang haram, InsyaAllah pegangan dan didikan agama sebagai seorang Islam tetap kuat dan tidak terkeluar dari landasan, saya cuma berfikiran positif atas niat yang baik hanya sekadar mengingati jasa arwah mak saya.

Ada satu sambutan yang saya tak akan ikut "Hari Valentines" bukan sahaja kerana hari tu hari mengingati hari Paderi Kristian, yang buat saya tak suka sangat sebab terasa geli geleman bila tengok orang sambut, dari zaman sekolah lagi kalau ada admirer yang bagi bunga rasa macam geli sesangat hahaha, lantaklah kalau ada yang kata saya tak romantik pun peduli apa aku huhuhu, dari membazir beli bunga beratus RM, baik duit tu beli emas ke, belanja makan ke perut kenyang hati senang hehehe.

Pengakhir kata saya nak ucapkan "SELAMAT HARI HARI IBU" pada semua kenalan yang bergelar ibu....ikhlas dari saya Akma Omar :)

Comments

  1. Yang penting niat....
    anyway, ayunya org yg dlm pic atas ni.. :)

    Dan Selamat Hari Ibu gak kpd empunya blog yg bakal jd ibu nnti... :)

    ReplyDelete
  2. Tq...bakal jd ibu?.... InsyaAllah :)

    ReplyDelete

Post a Comment