Mimpi

Hasil karya My Friend Yassin Salleh 

Sinar Mata Katarina

Dakaplah mimpi,
kerana mimpi adalah
penglipur lara yang ramah
lahar merapi bisa bertukar
jadi bibir kekasih yang ghairah
dalam citra mimpi wayang topeng-topeng.

Mimpi semalam
adalah janji hari ini
yang akan ku tuntut esuk.
Demikianlah mimpi senantiasa amat menjanjikan.

Di manakah engkau duhai serindit,
lagu yang dijanjikan mimpi semalam,
nyanyikanlah semerdunya, kicaumu itu.

Bukakanlah jendela kalbu tanpa langsir itu
dan citrakanlah
cinta trajis melalui sinar mata Katarina
yang rindunya
entah bila akan sempurna terurai.

Aduhai rML,
ubekkanlah den ai!

Yassinsalleh

Film producer & director by profession, a poet by creative passions
ponson, manchis, bentong.
Copyright © 2010 yassinsalleh

Comments