Al-Fatihah YTM Raja Dato Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un (إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ) Baru dapat berita pkl 4.30 am Kemangkatan YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah mangkat pada jam 1.30 pagi tadi. Al-fatihah....

Saya ada membaca article tentang beliau tidak lama dulu dan masa tu tengah buat searching pasal buku. Sejak tu saya adalah mengikuti perkembangan tentang aktiviti beliau.

YAM Dato Seri Ashman Shah ibni DYMM Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Sultan Perak Darul Ridzuan adalah Raja Kechil Tengah Kesultanan Melayu Perak. Anakanda Sultan Perak.

YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah adalah seorang putera Raja Melayu yang memiliki ciri ciri yang sesuai sekali untuk dipertabalkan sebagai Sultan Melaka, kerajaan berdaulat yang baru.

YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah juga dikenali sebagai seorang putera raja Melayu  yang warak dan kuat berpegang pada ajaran Agama Islam.

YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah berpendidikan tinggi dan memiliki :
Ijazah Ekonomi dari Universiti Nottingham, England;
Sarjana Perundangan dari Universiti Cambridge, England;
Barrister at Law, Lincoln's Inn, England;
Diploma Undang undang Perniagaan dari Universiti London, England.

YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah dilantik sebagai Khalifah Tariqat Naqsyabandi oleh Mufti Cyprus dan Imam Tariqat Naqsyandi sedunia, As Syeikh Muhammad Nazim Adil Al Qubrusi An Naqsyabandi.
Dalam pekerjaan yang saya lakukan sekarang kadang kadang link dengan kerabat kerabat raja ni, lazim kita mendengar akan salah laku putera putera Raja dan Sultan Melayu gara gara beraktiviti sosial terlampau seperti 'clubbing' mabuk, ganas, bebas dan seumpamanya, rasanya saya tidak pernah mendengar akan sebarang salah laku YAM Raja Dato' Seri Ashman Shah, Raja Kechil Tengah Kesultanan Melayu Perak Darul Ridzuan ini.

Sama sama lah kita sedekahkan Al - Fatihah semoga rohnya tenang dan ditempatkan bersama sama orang orang solehah.

Comments