2012 Tahunku Yang Cantik

Tahun 2012 adalah tahun naik dan turun bagi saya dan dipenuhi dengan berbagai cerita suka, duka, pahit dan manis. Adakah 2012 tahunku yang cantik....

Dalam perjalanan hidup kita, tidak semua sempurna. Ada impian dan cita-cita kita yang tak tercapai, ada kesilapan yang kita laku tanpa kita sedar dan ada perkara baik, buruk yang berlaku. Itu lumrah dalam kehidupan...betulkan?

2012 Tahunku Yang Cantik

Saya juga begitu, untuk menjadikan 2012 tahunku yang cantik sekali mungkin agak mustahil, tetapi apa yang berlaku sepanjang tahun 2012 samaada baik atau buruk banyak memberi saya semangat untuk lebih berusaha lagi pada tahun-tahun seterusnya. Hidup harus diteruskan.

Saya bersyukur tahun 2012 banyak perkara baik yang berlaku dalam hidup saya, boleh dikatakan 2012 tahunku yang cantik sekali.

Dengan kehadiran tahun baru 2013 yang akan menjelma tidak lama lagi. Saya berdoa semoga perjalanan hidup saya menjadi lebih baik lagi.

Lumrah alam, waktu dan hari silih berganti tanpa kita sedar, selari juga dengan umur kita. Semakin hari kita semakin matang. Matang dalam berfikir dan membuat keputusan, belajar dari kesilapan dan sentiasa cuba membuat yang terbaik.

Saya harap anda semua juga begitu, semoga apa yang anda hajati dan azamkan akan tercapai menjadikan tahun yang cantik bagi anda semua.

Sebelum berakhirnya tahun 2012 ini, saya berterima kasih kepada yang sudi melawat dan membaca entri saya yang kadang-kadang merapu je. Saya juga memohon maaf sekiranya ada cara penulisan saya yang tidak anda senangi. Al maklum saya pun manusia biasa, sering melakukan kesilapan.

Kalau anda nak tahu apa yang berlaku sepanjang tahun ini, sudi-sudilah baca di entri saya 2012 tahunku yang cantik tu ya :)

Wasalam.

Comments

  1. Ikut mengaminkan doa dn harapannya. Amiiiiin.......
    Semoga cepat terkabul ya. Salam kenal.

    Sukses selalu
    Salam Wisata

    ReplyDelete
  2. Aminn...InsyaAllah...mekasih ya
    Salam kenal juga :)

    ReplyDelete

Post a Comment