Blog Sokongan AkmaOmar.com

http://www.akmaomar.com/3-blog-pilihan-terbaik/
Assalammualaikum...

Lama sungguh tak update di blog ni. Sepatutnya dah time tido ni, tapi mata ni duk terkebil - kebil lagi, maka jawab nya layan ipad lah. Rindu pulak blog ni, yelah kan lama juga saya guna blogspot ni. Banyak kenangan disini.

Semenjak pakai domain dan hosting sendiri masa berblogging saya tumpukan di blog domain saya akmaomar. Blog ni dah jadi blog sokongan akmaomar.com pula. Apa yang ada di blog tu ada juga di link diblog ni, tapi tak semualah.

Setiap blogger mesti nak mencuba sesuatu yang baru, begitu juga saya. Luas bidang blogging ni, ada je kita nak explore untuk memantapkan lagi blog kita. Ada beberapa blog terbaik yang saya rujuk untuk belajar lebih lanjut lagi bidang blogging ni.

Yang terbaru saya sempat belajar teknik-teknik dan  Tips Buat Duit Dengan Blog Dari Seminar Denaihati

Berkat usaha blog saya tu berjaya naik status Google PageRank, bangga juga rasa sebab baru beberapa bulan sahaja blog tu dibuka. Tetapi bukan mudah nak maintain.

Kena sentiasa kemaskini blog, buat kualiti backlink dan macam-macam lagi. Baru Google iktiraf blog kita. Kalau nak tahu lebih lagi saya ada share beberapa tip-tip blogging yang saya belajar. Di blog tu pun dah ada lebih daripada 50 entri. Disamping tu blog itu juga berhasil memenangi 3 contest yang saya join. Sekarang ni ada 5 contest sedang berjalan. Hadiahpun lumayan, rugi tak cubakan.

Antara contest yang saya sertai dan dianjurkan oleh blogger tempatan kita;
Banyak jugakan huhu..sekadar mencuba dan memeriahkan sahaja, kalau ada rezeki Alhamdulillah, kalau tak ada atleast boleh belajar banyak perkara pasal blogging ni.

Sekiranya korang nak cuba pun boleh juga, contest ni ada yang masih dibuka penyertaannya. Ada antaranya contest SEO, sesiapa yang mahir bab-bab SEO ni boleh cubalah ya. Click sahaja link diatas ni, semua info ada disitu.Terjahlah blog tu kalau rajin ya, banyak perkongsian disitu.

Ooo ye sekarang ni nak cuti sekolah kan. Mesti ramai yang dah tempah tiket pergi melancong dengan keluarga kan. Cuti akhir tahun ni saya tak kemana-mana kebetulan banyak kerja. Apa-apapun saya ucapkan selamat bercuti dan bergembira ya. Wasalam

Ooo ye kalau korang rajin klik lah link ni Iphone 5 Gadget Impian - Google +1 dan tekan button G+1 tu ya..terima kasih :D

Comments

Post a Comment