KISAH HIDUP | Minat Semulajadi

Assalammalaikum....

Teringat zaman muda muda dulu (skrg pun muda lagi huhu) gemar sangat dengan aktiviti sastera especially penulisan, drama dan tablo.

Minat mula menulis lahir sejak dari zaman sekolah lagi disamping tu saya juga aktif dalam teater DBP(Dewan Bahasa dan Pustaka) Ianya bersangkut paut sebab kami diajar dari segi penulisan sajak, puisi dan buku juga.

Setiap manusia ada sifat tersembunyi ataupun minat tersendiri, begitu juga saya, saya lebih gemar menghabiskan masa di depan komputer dan melancong.

Dua aktiviti ni paling saya suka. Komputer pertama saya ACER Aspire Desktop - Model 75MHz pentium, operating system Window95, masa tu harga komputer agak mahal tapi minat punya pasal habis semua duit simpanan saya huhu.

Skrin monitor pun color hijau, keyboard pun kalau menaip punya lah kuat bunyi tap tap tap..hehehe. Dari situ saya dah buat blog, dulu save dalam disket (floppy disk) je entri yang saya taip. 

Macam macam yang saya buat proposal, profile, assignment, short novel, diari dan juga surat cinta huhuhu. Tak macam sekarang siap boleh buat duit dengan blog lagi.



Pegalaman masa zaman belajar dulu pernah memasuki Persatuan Penulis Malaysia DBP dan menulis untuk majalah kanak kanak BAMBINO dan ada satu tu lupa dah nama majalah tu. 

Bukan secara tetap, cuma sekali sekala adalah artikel bergambar saya keluar. Bukan susah pun hantar sahaja article kepada editor majalah, kalau diaorang berkenan dapatlah masuk page, lepas lah duit tambang bas and beli cekedes.

Sampailah sekarang minat menulis tu setia ada dalam diri saya ni. Cita cita kononnya nak jadi penulis, pernah menghadiri temuduga untuk NST, tapi gagal :(

Lama juga saya berhenti menulis kerana menumpukan perniagaan saya yang baru nak menapak, kenalah bagi tumpuan pada hal yang lebih penting kan, menulis pun bila ada masa lapang saja dan lebih kepada entri yang merapu rapu hehehe.

Hah ni nak cerita satu lagi pegalaman saya dengan media elektronik pula. Masa  kecik dulu sapa yang sezaman dengan saya mesti pernah tengok cerita OSHIN dan radio NO 5 PERSIARAN 1, 

Saya salah seorang pelakon kanak kanak alih suara tu lah, bukan watak utama lah, watak kecik pembantu sahaja hehe. 

Bakat menulis tidak mengira usia, kelayakan, pangkat atau darjat. Kadang kadang budak sekolah pun lebih berbakat dari kita yang dewasa ni, ditambah dengan kemudahan yang ada sekarang ni memang tak habis untuk kita belajar, sentiasa ada benda yang baru. Cuma kita kena sentiasa ingat " Jika Tiada yang lama, maka Tidak akan ada yang baru" :)

Comments

  1. cukup menarik kisah hidup u... berbakat besar ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bakal dah tumpul lah dear....batu asah pun xmau terima dah..hehehe..anyway tq dear..

      Delete
    2. x pe... cari batu asah yg lain ek dear... :)
      most welcome dear...

      Delete
  2. bakat menulis tu penting

    ReplyDelete

Post a Comment