Cincin Emas Gajah

Assalammualaikum....

Ini kisah benar,  teringat satu kisah kawan baik saya masa kerja dulu. Dia ni berbangsa India . Biasalah Indian memang suka sangat pakai barang kemas.

Kawan saya ni cincin dan rantai emas dia bentuk gajah punya lah besar, dah lah kulit gelap terserlah sungguh blink blink nya.

Orang India memang kepercayaan agama diaorang gajah salah satu tuhan diaorang dan lelaki memakai barang kemas ibarat melambangkan kuasa, keyakinan dan kononnya dapat melindungi diri katanyalah.

Saya pernah  tanya dia kenapa pakai cincin emas besar besar, tak takut ke kena samun kenapa pakai emas biasanya perempuan sahaja suka pakai.

Jawapan dia “This ring got power to protect me from bad thing even pencuri pun takut. The best is this ring  from my great great grandmothers".

Short kan story suatu hari tu masa balik dari kerja dia kena samun dengan mat rempit di Jalan Tun Razak. Habis semua barang kemas dia termasuk cincin emas gajah kebanggaan dia kena sapu.

 Lepas kejadian tu aku tanya balik:

You kata cincin tu protect u, what happen lah" jawapan dia bagi buat aku berguling guling gelak.....

 "I thing the ring lost the power because the person rompak me is MALAY"

Pecah perut saya ketawa bila dia jawab camtu, boleh pulak cincin tu kenal Melayu, India atau Cina. 1Malaysia punya cincin rupanya.

Bagaimanapun kepercayaan setiap agama tu kita kena respek, walaupun kepercayaan tu mengarut dan pada kita tidak logik tetapi setiap bangsa baik India, Cina atau Melayu ada  kepercayaan agama masing masing.

Ada juga orang Melayu yang suka pakai tangkal atau pelindung kononnya untuk mengelakkan atau menjaga dari benda benda yang tidak baik. Padahal kita tahu tu khurafat....hak masing masing untuk percaya.

Pada saya setiap hal atau benda yang kita lakukan haruslah berlandaskan dengan Al Quran dan Hadis, susah sikit saya nak percaya bab bab tangkal, bomoh dan sebagainya. 

Saya pernah tengok cara mereka (bomoh), kadang kadang nak tergelak pun ada tetapi yang peliknya ramai orang kita yang percaya, sebaik baiknya kita banyakkan berdoa kepada Allah Swt.

Apa apa pun, setiap kejadian dan benda yang terjadi ada sebab..Wallahualam..

Comments

Post a Comment