Blog baru | Saya Budak Baru Belajar Part III


Assalammualaikum...

Beberapa hari lepas my entri about penyakit, Alhamdulillah kebah dah sikit cuma batuk saje masih tak baik lagi.

Walaupun deman, selesema dan batuk, sempat juga update my entri kat my blog BI (Bahasa Inggeris), idea menulis yang terlampau meluap luap pulak datang.

Agaknya sebab pertama kali guna Wordpress platform tu yang semangat dan excited semacam aje nak cuba buat entri, habis juga lah 1 kotak tisu asyik bersin je hehehe.

Tidak dinafikan perbezaan banyak bila kita menggunakan Wordpress dan Blogspot. Wordpress theme, plugin and setting lebih nampak teratur dan cantik, senang kata nampak sophisticated sikit dari blogspot maksud saya more clean, tidy and trust.

Blogspot bagus juga cuma limited and simple. Tapi, pada saya apa yang penting adalah cara penyampaian, penulisan dan bagaimana kita membudayakan ilmu blog tidak mengira platform apapun yang digunakan cara.

Tujuan saya buka blog baru sebenarnya saja nak mencuba platform yang baru sahaja. Tonggang langgang juga lah, lantaklah kan namapun mencuba, tak rugi sesen pun macam orang selalu cakap "try and error" or "zero to hero" fuyooo huhu.

Pada yang dah melawat dan baca entri saya kat situ, INI AMARAN KERAS dari saya anda dilarang ketawa " BACA DAN SENYUM SAHAJA" huhuhu.

Ok lah nak rest kejap InsyaAllah panjang umur kita jumpa lagi Cha Chin Chow...:)

Comments