Pengumuman Perlaksanaan Gaji Minimum Sektor Swasta

perlaksanaan gaji minimum

Assalammualaikum....
Saya terpanggil untuk tulis entri mengenai tajuk besar diatas apabila "Pengumuman Gaji Minimum Sektor Swasta" menjadi isu hangat, ada yang bidas dan sokong hal ini, bukan marah cuma menyuarakan rasa, pendapat dan pengalaman saya.

Isu ini tidak silap saya pernah dengar 4 tahun lepas sebelum pilihanraya dan dibangkitkan semula selepas 4 tahun pada baru baru ini menjelang pilihanraya :)

Pada saya apa yang dibangkitkan macam berat sebelah, yang saya tidak faham pelaksanaan gaji minimum ini ditujukan pada semua sektor kerajaan dan sektor swasta ATAU sektor kerajaan sahaja.

Sebelum kerajaan melaksanakan isu ini sepatutnya kaji dulu cara pembayaran gaji yang dilakukan oleh syarikat swasta, kita ambil contoh peniagaan berasaskan makanan dan minuman (perhotelan), pakaian, retail dan apa pun jua berlandasan hasil jualan, kebiasaannya tarif gaji yang diberi berbeza dengan badan kerajaan. Gaji pokok yang diberi rendah tetapi sistem komisen tinggi, purata keseluruhan gaji pekerja (gaji pokok + komisen) biasanya melebihi tinggi dari  minimum gaji yang kerajaan laksanakan, cuma benefit yang diberikan berbeza dari badan kerajaan yang mana kita tahu memang banyak dari segi sistem pencen, perubatan dan kenaikkan gaji dan macam macam lagi, itu untungnya kerja dengan badan kerajaan.

Pengalaman saya, pekerja dibawah naungan syarikat saya sendiri minimum gaji bagi pekerja baru (bawahan) sekitar RM1300 - RM3000 sebulan, rasanya cukup tinggi berbanding tarif gaji badan kerajaan, cuma cara pembayaran itu berbeza dari segi gaji pokok (basic) + sistem komisen(hasil dari jualan)


Bila isu ini dibangkitkan hal ini akan membuatkan pekerja atau kita panggil "labour workers" akan mempertikaikan kenaikkan gaji pokok (basic) sedangkan ikut purata gaji bulanan mereka melebihi dari RM900 mengikut hasil keuntungan sesebuah syarikat, permasalahan ini apabila berlaku akan timbul ketidak puashati antara pekerja dan majikan, kerajaan tidak akan campur tangan tetapi pihak majikan dan syarikat yang terpaksa menanggung masalah, dimana adilnya bila situasi ini terjadi.

Saya faham ada majikan yang zalim masih membayar gaji rendah dan tidak setimpal dengan kerja, dengan kenaikkan kos sara hidup yang tinggi sekarang, tarif gaji RM600 tidak mencukupi, sebab itu fungsinya Kesatuan pekerja atau Labour department, (Kementerian Sumber Manusia) kegunaannya supaya dapat menjaga kebajikan dan tempat dimana pekerja boleh membuat aduan tempat mereka bekerja supaya majikan yang sebegini diambil tindakan dan didenda, ini tidak, kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

Harus kita fikir juga isu pekerja yang mempunyai masalah disiplin, bekerja tidak mengikut waktu dan macam macam attitude yang adalah, ada syarikat yang masih menyimpan pekerja sebegini kerana ingin menjaga kebajikan pekerja yang berkeluarga tetapi kenaikkan gaji dan bonus diberi setiap tahun dari peningkatan kerja, khidmat dan performance pekerja, dah habis adil rasanya.

Secara terangnya saya setuju bila ada yang sokong transaksi pembayaran gaji hanya melibatkan antara pekerja dan majikan. Pihak ketiga termasuk kerajaan yang memerintah tak boleh meletakkan sebarang syarat, bukan membangkang kerajaan tetapi sesuatu perlaksanaan itu biarlah adil dan tidak berat sebelah, bukan semua syarikat mendapat keuntungan, gaji pekerja tetap juga kena bayar tempias kena pada syarikat yang lurus dan mengikuti syarat syarat yang ditetapkan. Jadi mana adilnya ya.

Ada pros and cons, cuma perlaksanaan ini harus diterperincikan supaya tidak mendatangkan masalah pada semua.

Susah bila hal mengenai wang ringgit diperdebatkan sebenarnya, satu isu yang sensitif, kalau ikut banyak yang boleh saya bangkitkan, cukuplah tu nanti ada yang panas punggung pulak, maaf lah kalau ada yang tidak puas hati dengan entri saya ni. Bila terkena kat batang hidung, baru tahu rasanya....cuma jangan disebabkan hal sebegini menimbulkan huru hara sudahlah :)

Sharing Is Caring
AkmaOmar


p/s - Bila kerajaan campurtangan isu kenaikan gaji pembantu rumah, ramai pulak dikalangan yang "bekerja" dengan sector kerajaan dan swasta ni tidak puashati, sebab keluar duit poket sendiri...tak ke sama tu...hehehe

FYI MY ENTRY NOT INVOLVE POLITICS ISSUE, THIS IS OPINION AND EXPERIENCES AS I AM ONE OF MALAYSIAN CITIZEN...wokey

Comments