Denda Penari Tiang RM25.00

Assalammualaikum...

Hari ni isu Penari Tiang di denda RM25 hangat diperkatakan, lebih murah dari denda pakai serban dan baju lengan pendek, Penuh wall tentang isu ni.

Rata rata komen di blog, facebook, twitter tak bersetuju dan ada yang komen dengan macam macam ayat dan cara. Ada yang berbaur politik, ada yang dengan cara baik, nasihat dan ada yang dengan kata kata tohmahan. Dulu kalau bab mengata je selalu di kaitkan dengan perempuan, sekarang lelaki melebihi rasanya..hehehe
Tersenyum bila saya baca komen komen yang tertera, nak je balas, tapi tahan je jari ni nak menaip.

Pendapat saya sedikit berbeza :) undang undang dunia dibuat oleh manusia, undang undang akhirat Allah swt yg tentukannya. Berapa pun denda yg dikenakan, denda yg Allah swt berikan akan setimpal. Walaupun denda RM1.00 sekiranya membawa keinsafan pada individu tersebut sudah memadai...amar makruf nahi mungkar..:)

Isu isu macam ni selalu jadi bualan hangat, melebihi isu isu yang lebih penting. Yelah kan pendapat orang kita tak boleh nak tahan atau bidas, negara kita ni bebas memberi pendapat.

Cuma saya nak tanya macamana dan berapa Ringgit Malaysia (RM) pulak ya denda pada orang yang suka mengata, mengkeji dan menghina? jangan marah aaa...ampunnnn hehehe.:)





p/s : Peace no War.

Comments