Borak kedai kopi


APA ITU BUMIPUTERA

Assalammualaikum

Kebetulan semalam lepak minum dengan seorang kawan, banyak juga isu yg kami bualkan, kawan saya ni kerja dengan kementerian, nice guy and intelligence, antara perbualan kami tentang hak bumiputera, chewah dahsyat nyer kan.. Hehehe.

Soalan saya pada dia antaranya pasal businesss as young entrepreneur apa bantuan untuk kami yang baru nak memulakan perniagaan sendiri baik kecil atau besar maksud saya peluang atau bantuan yang disediakan, bukan tak ada tetapi susah, kemudahan pinjaman lebih diberi pada badan kerajaan. Macamana kami nak mulakan dan berjaya kalau ada syarat syarat yg tak munasabah, i have experience masa mula mula nak start my business cuba buat pinjaman tapi gagal, alasan hanya untuk yg pekerja kerajaan sahaja bukan untuk swasta, ada pinjaman tetapi interest punya lah tinggi, saya jadi tak faham maksud "BUMIPUTERA" kalau macam tu bagaimana kami yg muda ni nak memulakan perniagaan, bukan semua bekerja dengan badan kerajaan, tentu lah memerlukan bantuan. Saya pernah terlepas cakap dengan sorang bank officer tu, sebab dah geram sangat kalau saya ada duit saya tak datang sini buat pinjaman kat bank, terdiam officer tu. Kalau kita tengok borang pinjaman kebanyakannya harus lah bekerja di jabatan kerajaan, kenapa..kami ni tak layak ke dapat bantuan?

Setiap kali belanjawan semua benda naik tax, barang barang keperluan dan macam macam lagilah yg naik, tahap gaji macam tu juga tak naik naik, lagi membebankan semua keluar duit poket sendiri, hidup kat Kuala Lumpur ni kos memang tinggi.

Kita tengok pula dari sudut politik macam macam dijanjikan pada rakyat. Saya rasa baik siapa pun yg naik atau menang perkara sama akan terjadi, boleh tak saya katakan politik hanyalah untuk kepentingan individu atau parti itu sndri sahaja, bukan 100% untuk rakyat, yang menyokong dapat apa? Balik rumah tidur, bangun, kerja macam biasa tiada perubahan, untungnya kita yang duduk di Malaysia ni tak ramai yang kebuluran macam negara negara lain contoh india, Indonesia atau negara negara yang ramai penduduknya. Secara jujurnya pada pandangan saya setiap kali habis pilihanraya, saya rasa tak ada perubahan pun, tetap sama saja, yang berubahpun cuma siapa yang naik siapa yang jatuh, entahlah dari sudut apa yang berubah pun tak tahulah, pembangunan tu tak dinafikan lah makin maju Malaysia ni, maksud saya taraf dan sara hidup hmmm..saya yang tak faham atau tak perasan ya.

Mungkin pemikiran saya cetek tetapi saya rasa itu yg terjadi, bangga dengan semangat org melayu kita tetapi semangat kita selalu tak sampai ke atas setengah jalan je, bukan mempelekehkan bangsa sendiri tapi sedih bila lihat bangsa lain ketawakan kita bertelaga sesama sendiri, berapa ramai rakyat malaysia tak mengundi selidik pula dari sektor mana? umur saya 37 tahun baru mendaftar undi, itu pun pasal kebetulan pergi pwtc otw nak pegi toilet ada kaunter pendaftaran undi, kakak yang jaga tu punya lah pujuk saya bagai nak rak, nak please dia saya daftar lah juga, mengundinya tak tentu lagi hehehe.

Tetapi baru baru ni saya ada mengikuti blog YB DATO’ MUKHRIZ MAHATHIR
DEPUTY MINISTER OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY, beliau ada membuka ruang dan peluang kepada usahawan yang baru hendak menapak, memulakan peniagaan franchise melalui SME atau usahawan SMART SOHO ( Small Office, Home Office) baru saya nampak ada langkah langkah untuk membantu sedikit sekarang.. Amin

Sampai pukul 3 pagi juga lah berdebat..lastly dia sampai tak larat dah..hahaha..the best part dia tanya saya "U TAK KESIAN KE..KAT I" wakakaka..adehhh..

Comments